Wednesday, 14 November 2012

Yeahhh..Jalan-jalan Zoo Negara

okey, kali ni ibu dan ayah bawak dinnur pegi zoo pulak...opah pun pergi jugak, kesian opah duduk umah takde kuar berjalan pun kan. Tak banyak pun binatang yang kite tengok sebab macam dah nak hujan tengahari tu...biasalah hujung2 tahun camni selalu hujan kan.

Dinnur suke tengok pun binatang besar2 je, yang kecik2 tak excited pun



gambar pun tak banyak sangat sebab letih dok kejar dinnur...tengok gambar bawah ni, berpeluh ayah...hihi



Wednesday, 31 October 2012

Suprised untuk IBU

9 Oktober 2012 - Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-3 Ibu dan Ayah,
10 Oktober 2012 - Hari Jadi Ibu yang ke-27 thn

Ibu nak sangat-sangat suprised dari ayah. Sudah 3 tahun kawen no more suprised pun. Hadiah je dapat. Ibu takdela nak sangat hadiah barang-barang ni, ibu suke yang camni...hurmm...tutup mata then bawak ke satu tempat, then suprisedddd...hihi.

Dan gembiranya hati ibu bila ayah bagi ibu hadiah yang memang tak dijangka sangat-sangat. Pada mulanya ibu rase takkan la ayah nak buat suprised kat ibu kan, sebab sebelum ni tak penah buat pun. So, disebabkan ayah ter excited nak suprisedkan ibu, ayah bagi awal 2 hari sebelum besday ibu. haaa punyelah tak menyempat nak bagi kan. Takpe ayah, ibu sangat hargai ke excited an ayah itu.

okeh..okeh ni nak cerita camne suprised itu berlaku ye.

Ibu sampai kat umah dari balik keje cam biase dlm kul 6.15pm - 6.30pm camtu, bukak je pintu, letak handbag atas sofa then nak pegila dapur basuh botol pam susu, ternampaklah ade kad besday atas meja...huhu time tu ibu dah rase happy sgt2 sebab 1st time dapat kad dari ayah kan, awal plak tu bagi, bace isi dalam tu lalalalala nak menangis pun ade sebab ayat ayah tu menusuk kalbu.

Ayat terakhir dalam kad tu lebih kurang camni ''kalo nak hadiah, silalah pilih salah satu kereta (hot wheels) dalam  laci tv"...dalam hati ibu kata ''ok", tapi tak pegi pun bukak laci tu, sbb tau ayah bergurau je. Lepastu ibu  pegi dapur basuh botol pam, bace lagi kad tu...hehe punyela seronok dapat kad kan. Kalini ibu saje jela pegi buka laci tu, ade telefon lame..owh ok, daaa..

Lepas tu cam biase ibu turun bawah amik dinnur kat umah opah. Dalam 5 minit lepas tu ayah pun balik, "dah bukak hadiah?" ayah tanye,..ibu ckpla dah. Tapi ayah still nampak tak puas hati lagi sebab ibu bagi reaksi yang biase2 je, ayah suruh ibu naik atas lagi tengok ape ade lagi. Ibu naik atas, bace balik kad tu, buka laci tu balik takde ape2 pun. Huh, baik basuh pinggan la dulu tak jumpe ape yg best pun.

Ayah pulak baru nak naik atas, geram je die tengok ibu kat dapur basuh pinggan. Ayah tanye lagi :

ayah : dah jumpe belum?
ibu : jumpe ape?
ayah : laaa, cube bace betul2..
(ibu bace kad tu balik, bukak laci, belek2 telefon lame tu, takde ape pun)
ibu : mane ade ape?
ayah : cube tgk kat belakang..
(ade note tulis "amik hadiah dalam almari zunnur"...ibu pegi buka almari, ade kotak merah, atas tu tulis Samsung Galaxy SIII !!!!!)

Dalam hati ibu, takkanla ayah nak bagi telefon ni kat ibu, ntah2 orang lain punye saje je nak tunjuk kat ibu kan. Ibu mmg tak tunjuk excited pun, sbb tak sangka ayah belikan untuk ibu. Lagi 1 kalo nak tahu ayah ni mmg penjimat orangye, so bile dah dapat hadiah tu rase cam pelik. 

Ape pun TERIMA KASIH SUAMIKU DI ATAS KEJUTAN YANG TAK BERAPA MENJADI DAN HADIAH ITU. SORRY!!!



haa..inilah dia kad yang dibuat khas dari tgn ayah sendiri untuk ibu, ayat jiwang dalam tu biase la kan...hihi
ayat terakhir kad ni berbunyi camni  ''kalo nak hadiah, silalah pilih salah satu kereta (hot wheels) dalam  laci tv" ....moh kite ke sane plak

inilah handphone lame tu...huh, ok fine takde ape2 special pun kan

belek punye belek handphone tu, rupe-rupenye belakang ade note ini...hurmmm...suprised la sangat kan.

 see =)

 tadaaaa...inilah dia hadiah dari ayah untuk ibu yang dia sayangi...hahaha

yg ni dinnur tak bole main ek, ayah dah belikan yang lain untuk dinnur, tapi kejap je screen dah retak sbb dinnur pijak. 

okeh, setakat ini sahaja ibu nak share dgn dinnur, no idea dah. huhu...bye sayang ibu =)






Monday, 24 September 2012

Happy 1st Birthday Dinnur

'MUHAMAD ZUNNURAIN BIN  MOHD NORNIZAM' ...itulah nama yang ayah dan ibu beri kepadamu.

Sudah besar anak ibu ni, terasa begitu cepat masa berlalu, sudah pun setahun skrg ni. Kalaulah boleh diputarkan masa, ibu rindu sgt2 waktu berpantang, seronok tau jaga baby ni, tak byk ragam...opah jaga ibu baik sangat-sangat, jaga makan minum ibu, mandikan dinnur.

Hari ini, setahun sudah berlalu, namun ibu masih terasa seperti
~ baru melahirkan dirimu...(masih terbayang lagi seronoknya waktu tu sebab nak tahu bagaimana rupa anakku nanti?dan alhamdulillah anak ibu comel sangat2)
~ baru belajar memandikanmu...
~ baru menukarkan lampin sambil dirimu tersenyum manja memandang wajah ibu yang semakin cengkung sebab berjaga malam....(tiap2 malam setiap sejam je mesti nangis)
~ baru menidurkan di lengan ibu ini sambil ibu menyanyikan zikir-zikir Allah....(nak tidur di pangkuan ibu je, kalo ibu letak bawah confirmed menangis!)
~ baru melayan dan berbual-bual mesra sambil dirimu tersenyum dan ketawa seperti memahami kata-kata ibu....(yang ini ayah selalu buat lepas balik keje...ayah selalu ckp ayah saaaayang sgt kat dinnur)
semua itu terasa begitu cepat berlalu, nak tambah lagi sorang...hurmmm tunggula dulu, dinnur pun masih belum pandai menguruskan diri sendiri lagi

kini
~ dirimu sudah pandai melangkah setapak demi setapak sehingga setiap ruang rumah dijejaki
~ nak mandi pun tidak lagi seperti dahulu, skrg suka kocak2 air sampai basah kain ibu
~ nak tukarkan lampin pun dah susah, ayah pegangkan kaki baru bole pakai, kalau tidak terdengarlah suara ibu menjerit (high pitch ok....hihihi)
~ nak tidurkan pun memang menguji kesabaran, dari kecil sampai skrg ni mmg susah nak tidokan

tapi itu semua ibu tak kisah pun, sebab ibu tahu anak org lain pun ade macam ni juga.

Ibu dan ayah sentiasa doakan dinnur semoga
~ menjadi anak yang soleh
~ mendengar kata ayah dan ibu
~ jgn nakal2 lagi
~ jadi seorang anak yang bijak 
~ boleh berbakti kpd org tua 

Jadi, sebagai hadiah dinnur genap setahun, ibu buat besday party untuk dinnur...yeaaayyyy.
Ibu buat besday party dengan open house sekali on 15 Sept 2012 (Sabtu). Sebab time tu dah nak habis raya kan, so ini mcm last celebrate raya la kan.

Tema besday dinnur ibu buat 'Mickey Mouse'...sebab dinnur sgt2 excited ok kalo nampak mickey mouse.  
 

 Ini ibu tempah khas dari kawan ayah, cantik sgt2 tau, ibu puas hati dengan decoration ni...InsyaAllah satu hari nanti ibu nak buat sendiri camni (hehe...berangan lebih).
Ini antara candies yang ade, tp lesap dalam sekelip mata je...budak2 takdela ramai pun, kalo sorang amik 1 mmg cukup, ini amik 1 plastik maaanela ibu tak stressss. Ingatkan dapatlah bagi kawan2 yg datang, huh...siket pun kwn2 ibu dgn ayah tak merase.












Kek pun Mickey Mouse tau..sedap sgt2 kek tu. Tq cikpa sebab tolong amikkan kek kat Putrajaya, jasamu akan dikenang. Terima kasih juga kepada atok dan opah sebab byk tolong dalam meraikan majlis ni dan sponsor half2 dgn ayah...hihihi.

IBU DAN AYAH SAAAAYANG SGT KAT DINNUR TAU!!!




'HAPPY 1ST BIRTHDAY MUHAMMAD ZUNNURAIN BIN MOHD NORNIZAM'







Wednesday, 25 July 2012

RAMADHAN UNTUKMU

Alhamdulillah...kerana masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menyambut Ramadhan 1433H. Tahun ini merupakan tahun ke-3 ibu menyambut Ramadhan dengan ayah dan kiranya tahun pertama jugalah untuk dinnur beraya walaupun tahun lepas dinnur baru lahir pada 4 Syawal 1432H...ibu berpantang semasa raya ok!

Tahun lepas ibu tidak dapat berpuasa penuh sebab ibu mengandungkan dinnur 8 bulan, ibu risaukan kesihatan dinnur. Puasa kali ini amat bermakna bagi ibu sebab dinnur sentiasa menemani ibu sewaktu berbuka dan bersahur (a.k.a dimana ada ibu, disitu mesti ade dinnur). Ibu bergilir-gilir makan dengan ayah, tapi selalunya ibu suruh ayah makan dulu sebagai tanda hormat isteri kepada suaminya..cewaahh...

Juadah berbuka selalunya ayah beli di bazaar je, bukan ibu taknak masak tp kalo berkesempatan pun mesti dinnur pun nak tolong ibu jugak kat dapur. Nak tingggalkan dinnur dengan ayah memang menangislah jawabnya. Bersahur pula ibu masak siap-siap malam tu, masak pun yang simple-simple je, kadang-kadang opah bagi extra lauk ibu laaagi suke...hehehe. Nasib baik ayah tak cerewet sangat pasal makan ni, alhamdulillah.

Solat terawih? ibu tak pergi pun =(  nanti siapa nak jaga dinnur kan? tahun depan insyaAllah, dinnur da besar sket bolehla ikut ayah pergi masjid sama-sama.

Sempena bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama tingkatkan lagi amalan kepada-Nya dan semoga Allah merahmati kita semua dalam menempuhi dunia ini menuju ke syurga indah...amin ya illahi




Friday, 13 July 2012

POSING BERSAMA IBU

Selama ini banyak gambar ayah je kan..ibu nak tunjuk pula gambar dinnur dgn ibu. Gambar ni semua di ambil masa di Perlis, ade wedding anak kawan ibu dan ayah. Kat sane takde pun tempat best nak pergi pun..tapi apa-apa pun hajat ibu nak ke sana sudah tercapai (hajat untuk menjelajah 1 Malaysia)....Terengganu dan Sabah je belum pergi lagi...next time ye ayah =)





Wednesday, 11 July 2012

SEPUPU DINNUR

Sorry, ibu dah lama tak update blog dinnur ni sbb ibu bz kat opis.

Kali ini ibu nak kenalkan sepupu dinnur ye. 


 
Yang ini sepupu dinnur belah ibu tau, ade kakak nia dgn kakak danisha...the next cousin coming soon ok sebab baby mak ngah baru 4 bulan. Walaupun dinnur jarang berjumpa dengan kakak nia dan danisha, ibu harap nanti uolls rapatla ye sampai ke besar nanti.

Masa dinnur belum lahir, kakak nia lah yang rapat dengan ibu, suke ikut ibu pegi mane2 je, sampai dengan mama die sendiri pun die taknak.

Yang ini pula sepupu dinnur belah ayah. Ade abg hafiy dgn adik aisy....huhu tengok aisy nangis, comel sgt. Nanti dah besar bole main bola sama-sama ye.

So, skrg ni dinnur ade 2 sepupu perempuan dan 2 sepupu lelaki. Kawan elok2 ye dengan sepupu dinnur ni, jangan gado2.

Tuesday, 15 May 2012

DINNUR SEMAKIN AKTIF

Right now he is 8 months + +, he is more active play, laugh, scream...dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah dan 1 je kat atas tu, cute sgt da ade gigi ni kan.

Bawah ni gambar-gambar dinnur time dgn ibu tunggu ayah balik dari keje...ayah balik dekat nak maghrib camtu, sbb sebelum balik keje ayah singgah kedai jap beli makan malam. Ibu dah lama tak masak semenjak lahirkan dinnur, sebab kalau ibu ke dapur mesti dinnur nak ikut ibu, kalo ibu tinggalkan dinnur sorang-sorang ade sahaja yg dinnur kutip masuk mulut. Masuk ni dah 3x dinnur makan kertas tau. Nanti dinnur da bole berdikari sendiri baru ibu  masak ye..hehehehe. Nasib baik ayah sangat memahami ibu, kadang-kadang ibu teringin nak masak untuk ayah tapi nnt ibu kene tinggalkan dinnur dengan ayah, Dinnur kalo dengan ayah sekejap je bole la, lame2 nanti mesti cari ibu kan?

Sebelum ni dinnur pegi playground kan, kali ini pula gambar jalan-jalan di Jusco, Bukit Tinggi. Dinnur memang pantang nampak musical car ni mesti bagi reaksi muka kesian. Ayah plak memang suka pegang dinnur sampai gambar ibu takde dalam ni =(... tengoklah semua gambar tu, ayah, ayah, ayahhhh.






Gambar ini pula di Jusco, Rawang (baru buka)...sorry lah dinnur ye ibu memang suka pergi jusco ni, tak kiralah jusco mana-mana pun ibu mesti ajak ayah pergi walapun barang jusco lebih kurang sama sahaja tapi kat jusco, rawang ni lain sket sebab banyak kedai RM4.99, RM5,00.

Ibu singgah kat sini sebab baru balik kenduri umah adik opah kat area sini..cam biasa la kan, ibu pun pantang  nampak musical car ni mesti nak ambil gambar lagi.





Ini cikpa buat tau sebab yela kan baru beli handphone baru. Yang pakai tudung tu cikpa yang selalu geram dgn dinnur, yang mata besar tu cikta yang selalu nyanyikan lagu merapu utk dinnur, pakai topi tu cu...dinnur ingat lagi tak?