Right now he is 8 months + +, he is more active play, laugh, scream...dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah dan 1 je kat atas tu, cute sgt da ade gigi ni kan.
Bawah ni gambar-gambar dinnur time dgn ibu tunggu ayah balik dari keje...ayah balik dekat nak maghrib camtu, sbb sebelum balik keje ayah singgah kedai jap beli makan malam. Ibu dah lama tak masak semenjak lahirkan dinnur, sebab kalau ibu ke dapur mesti dinnur nak ikut ibu, kalo ibu tinggalkan dinnur sorang-sorang ade sahaja yg dinnur kutip masuk mulut. Masuk ni dah 3x dinnur makan kertas tau. Nanti dinnur da bole berdikari sendiri baru ibu masak ye..hehehehe. Nasib baik ayah sangat memahami ibu, kadang-kadang ibu teringin nak masak untuk ayah tapi nnt ibu kene tinggalkan dinnur dengan ayah, Dinnur kalo dengan ayah sekejap je bole la, lame2 nanti mesti cari ibu kan?
Sebelum ni dinnur pegi playground kan, kali ini pula gambar jalan-jalan di Jusco, Bukit Tinggi. Dinnur memang pantang nampak musical car ni mesti bagi reaksi muka kesian. Ayah plak memang suka pegang dinnur sampai gambar ibu takde dalam ni =(... tengoklah semua gambar tu, ayah, ayah, ayahhhh.
Gambar ini pula di Jusco, Rawang (baru buka)...sorry lah dinnur ye ibu memang suka pergi jusco ni, tak kiralah jusco mana-mana pun ibu mesti ajak ayah pergi walapun barang jusco lebih kurang sama sahaja tapi kat jusco, rawang ni lain sket sebab banyak kedai RM4.99, RM5,00.
Ibu singgah kat sini sebab baru balik kenduri umah adik opah kat area sini..cam biasa la kan, ibu pun pantang nampak musical car ni mesti nak ambil gambar lagi.
Ini cikpa buat tau sebab yela kan baru beli handphone baru. Yang pakai tudung tu cikpa yang selalu geram dgn dinnur, yang mata besar tu cikta yang selalu nyanyikan lagu merapu utk dinnur, pakai topi tu cu...dinnur ingat lagi tak?
No comments:
Post a Comment