Wednesday, 25 July 2012

RAMADHAN UNTUKMU

Alhamdulillah...kerana masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menyambut Ramadhan 1433H. Tahun ini merupakan tahun ke-3 ibu menyambut Ramadhan dengan ayah dan kiranya tahun pertama jugalah untuk dinnur beraya walaupun tahun lepas dinnur baru lahir pada 4 Syawal 1432H...ibu berpantang semasa raya ok!

Tahun lepas ibu tidak dapat berpuasa penuh sebab ibu mengandungkan dinnur 8 bulan, ibu risaukan kesihatan dinnur. Puasa kali ini amat bermakna bagi ibu sebab dinnur sentiasa menemani ibu sewaktu berbuka dan bersahur (a.k.a dimana ada ibu, disitu mesti ade dinnur). Ibu bergilir-gilir makan dengan ayah, tapi selalunya ibu suruh ayah makan dulu sebagai tanda hormat isteri kepada suaminya..cewaahh...

Juadah berbuka selalunya ayah beli di bazaar je, bukan ibu taknak masak tp kalo berkesempatan pun mesti dinnur pun nak tolong ibu jugak kat dapur. Nak tingggalkan dinnur dengan ayah memang menangislah jawabnya. Bersahur pula ibu masak siap-siap malam tu, masak pun yang simple-simple je, kadang-kadang opah bagi extra lauk ibu laaagi suke...hehehe. Nasib baik ayah tak cerewet sangat pasal makan ni, alhamdulillah.

Solat terawih? ibu tak pergi pun =(  nanti siapa nak jaga dinnur kan? tahun depan insyaAllah, dinnur da besar sket bolehla ikut ayah pergi masjid sama-sama.

Sempena bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama tingkatkan lagi amalan kepada-Nya dan semoga Allah merahmati kita semua dalam menempuhi dunia ini menuju ke syurga indah...amin ya illahi




Friday, 13 July 2012

POSING BERSAMA IBU

Selama ini banyak gambar ayah je kan..ibu nak tunjuk pula gambar dinnur dgn ibu. Gambar ni semua di ambil masa di Perlis, ade wedding anak kawan ibu dan ayah. Kat sane takde pun tempat best nak pergi pun..tapi apa-apa pun hajat ibu nak ke sana sudah tercapai (hajat untuk menjelajah 1 Malaysia)....Terengganu dan Sabah je belum pergi lagi...next time ye ayah =)





Wednesday, 11 July 2012

SEPUPU DINNUR

Sorry, ibu dah lama tak update blog dinnur ni sbb ibu bz kat opis.

Kali ini ibu nak kenalkan sepupu dinnur ye. 


 
Yang ini sepupu dinnur belah ibu tau, ade kakak nia dgn kakak danisha...the next cousin coming soon ok sebab baby mak ngah baru 4 bulan. Walaupun dinnur jarang berjumpa dengan kakak nia dan danisha, ibu harap nanti uolls rapatla ye sampai ke besar nanti.

Masa dinnur belum lahir, kakak nia lah yang rapat dengan ibu, suke ikut ibu pegi mane2 je, sampai dengan mama die sendiri pun die taknak.

Yang ini pula sepupu dinnur belah ayah. Ade abg hafiy dgn adik aisy....huhu tengok aisy nangis, comel sgt. Nanti dah besar bole main bola sama-sama ye.

So, skrg ni dinnur ade 2 sepupu perempuan dan 2 sepupu lelaki. Kawan elok2 ye dengan sepupu dinnur ni, jangan gado2.

Tuesday, 15 May 2012

DINNUR SEMAKIN AKTIF

Right now he is 8 months + +, he is more active play, laugh, scream...dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah dan 1 je kat atas tu, cute sgt da ade gigi ni kan.

Bawah ni gambar-gambar dinnur time dgn ibu tunggu ayah balik dari keje...ayah balik dekat nak maghrib camtu, sbb sebelum balik keje ayah singgah kedai jap beli makan malam. Ibu dah lama tak masak semenjak lahirkan dinnur, sebab kalau ibu ke dapur mesti dinnur nak ikut ibu, kalo ibu tinggalkan dinnur sorang-sorang ade sahaja yg dinnur kutip masuk mulut. Masuk ni dah 3x dinnur makan kertas tau. Nanti dinnur da bole berdikari sendiri baru ibu  masak ye..hehehehe. Nasib baik ayah sangat memahami ibu, kadang-kadang ibu teringin nak masak untuk ayah tapi nnt ibu kene tinggalkan dinnur dengan ayah, Dinnur kalo dengan ayah sekejap je bole la, lame2 nanti mesti cari ibu kan?

Sebelum ni dinnur pegi playground kan, kali ini pula gambar jalan-jalan di Jusco, Bukit Tinggi. Dinnur memang pantang nampak musical car ni mesti bagi reaksi muka kesian. Ayah plak memang suka pegang dinnur sampai gambar ibu takde dalam ni =(... tengoklah semua gambar tu, ayah, ayah, ayahhhh.






Gambar ini pula di Jusco, Rawang (baru buka)...sorry lah dinnur ye ibu memang suka pergi jusco ni, tak kiralah jusco mana-mana pun ibu mesti ajak ayah pergi walapun barang jusco lebih kurang sama sahaja tapi kat jusco, rawang ni lain sket sebab banyak kedai RM4.99, RM5,00.

Ibu singgah kat sini sebab baru balik kenduri umah adik opah kat area sini..cam biasa la kan, ibu pun pantang  nampak musical car ni mesti nak ambil gambar lagi.





Ini cikpa buat tau sebab yela kan baru beli handphone baru. Yang pakai tudung tu cikpa yang selalu geram dgn dinnur, yang mata besar tu cikta yang selalu nyanyikan lagu merapu utk dinnur, pakai topi tu cu...dinnur ingat lagi tak?

Monday, 14 May 2012

REVIEW FOR DINNUR

Entri kali ini untuk dinnur,
Ibu tahu dinnur kecik lagi, belum pandai membaca...tp ibu saje-saje buat untuk dinnur baca bile da besar nnt k. Yang ini ibu ringkaskan je tau, nak tau details lagi nnt tanye ayah k sebab ayah lagi pandai bercerita berbanding ibu.

Ibu nak cerita camne ibu dgn ayah berkenalan. Lepas ibu habis belajar dulu, ibu dapat keje kat NA Architect sebagai kerani je, tp skrg ibu da naik pangkat jadi setiausaha, huhu...ibu masuk keje bulan Mac, 2007...Ibu sorang je perempuan kat opis tu, kalo ade perempuan pun dorang selalu on off je. 

Julai, 2007 ayah apply keje kat situ, hehe ibu ingat lagi time tu ayah datang dengan poyo nye utk datang interview...dalam hati ibu, ibu cakap ''eleh, mamat ni nak keje kat sini konon, tak payahlaaa''...Dalam 2-3 hari pastu bos ibu beritahu kate ayah diterima keje kat sini, so bermulalah kisah ibu dan ayah dari situ. Ayah yang try ngorat ibu tau...yang pasti memang best dapat keje 1 opis bersama orang tersayang. Tak lama lepas tu habis je 1 projek tu ayah berhenti keje tempat lain plak. So, ayah dan ibu ambil keputusan untuk bertunang pada 12 February 2010.

time ni ayah kurussss

baju color pink pertama yg ibu suruh ayah pakai

Sepanjang tempoh perkenalan ayah dengan ibu, ibu rasa ayah  seorang lelaki yang 'jambu' hahaha, ini opah yang cakap sebab opah tgk ayah cam ala lembut gitu, tapi ibu tak kisah pun. Ayah seorang yang penyayang, mengambil berat, terlalu menjaga perasaan ibu, tp ayah bukan seorang yang romantik walaupun semua perempuan mengimpikan lelaki sebegitu...hahaha. Cuma ada satu hari tu je ibu merajuk, ayah hadiahkan ibu teddy bear dgn bunga ros.

09 Oktober 2009, ayah dan ibu nikah pastu bersanding 10 - 11 Oktober 2009



Lepas tu ibu dan ayah honeymoon kat langkawi dan pulau pinang...ibu suke sangat kat langkawi tu sebab challet kat tepi pantai je, petang2 berjalan beriringan tangan sambil mengambil gambar kenangan..chewaahh.

Dan yang paling ayah tak bole lupa bila hanfon ibu jatuh dalam air...hahaha, mulut pot pet pot pet bising sebab ibu cuai sangat.

Ibu nak dapatkan dinnur setahun sebulan jugakla, tiap2 bulan ibu menangis kalo dapat tahu ibu period....ayah lah teman setia ibu yang selalu bagi kata-kata semangat bila ibu putus harapan. Tapi lepas setahun tu ibu dapat tahu ibu mengandungkan dinnur, ibu teruja sangat2, 1 hari tu senyum memanjang...time tu dinnur dah ade dalam perut ibu tau.

Sepanjang mengandungkan dinnur, ibu takde alahan apa-apa, muntah takde, pening takde, naik turun tangga pun takde mengah2, sume ok je, alhamdulillah...baik kan anak ibu. Sepatutnye dinnur kuar merdeka day (31 Aug 2011) tapi time tu plak kite menyambut hari raya, so ibu tau dinnur memang anak yg baik, nak bagi ibu makan puas2 dulu kan sebelum dinnur kuar, kan?kan? kan? Raya pertama tu atuk ajak pegi beraya umah adik atuk kat kem wardiburn, lif plak rosak, ibu naik turun tangga sampai tingkat 8 tau, ibu tak rasa penat pun tp ayah yang terlebih kuar peluh, teror tak ibu?hahaha...

Then, raya ke 3 tu ayah hantar ibu pegi Hospital Sg. Buloh sebab darah dah keluar, ibu rasa takut sangat2 tau dinnur tp dalam masa yg sama ibu excited nak jumpe dinnur. Raya ke 4 baru dinnur kuar, alhamdulillah.

 hari pertama

hari kedua

gambar ni time dinnur baru lepas kuar dari perut ibu, fresh lagi tau, ayah yang ambil gambar ni sebab badan ibu lemah sgt lepas operation...comel kan dinnur time kecik, huhu...

Skrg (14 Mei 2012) dinnur dah 8 bulan, semakin membesar...cikpa panggil dinnur demoksss, nak tengok gambar2 dinnur time kecik banyak lagi nnt tengok dalam album ye, ibu dah cuci untuk tatapan dinnur ye.




Tuesday, 24 April 2012

RIANG RIA DINNUR

Minggu lepas dinnur asyik menangis je sebab dinur demam, batuk, kahak, selsema...so, tiap2 hari bawak g klinik buat nebuliser. Setiap kali buat benda tu mesti menangis je, tak sanggup nak tgk bile anak asyik menangis je, tp nak sihatkan kenela keraskan hati. Tapi ade orang ckp tak elok buat benda tu, tp ntahla....

So, bile dah buat benda tu, kahak dinnur still ade lagi..doc suggestkan untuk sedut kahak tu guna tiub. Husshh ni mesti menangis lagi ni. Tak sanggup nak dengar lagi da...lyza kuar dari bilik tu tinggalkan ayah die dgn doc n nurse.

Untuk memenangi hati dinnur semula sebab selalu je menangis, sabtu lepas (21 April 2012) kitorang bawak dinnur pergi children playground...suke sangat dinnur dapat jalan2. Ayah plan nak pegi Alamanda, on d way tu ternampak jalan nak ke Jusco Taman Equine, so makan2 kat situ dulu. Time jalan2 tu ternampak kedai games, kitorang memang selalu masuk kedai games time dating2 dulu sebab nak lawan main basket ball. Hihi.... da ade anak ni bawak anak main kat situ plak la kan.

ini first time dapat duduk dalam kapal ni, suke sgt sampai taknak lepas stereng kapal tu
  

muzik da berhenti pun still taknak lepas stereng tu, excited punye pasal

sudah2 lah tu syg, kite try yang lain plak



 Lepas dah makan, window shopping sket (target dapat gaji nnt nak beli!) baru gerak g Alamanda. sampai pun da petang la kan sebab lame kat juszo tadi, sibbaik dapat parking dekat dgn entrance.

Takdela jalan2 mane pun dalam Alamanda tu just nak pergi kat playground dalam mall tu je, nak pegi kat luar panas lak...

 Baru lepas bangun tido kan, so takdela excited cam tadi tu



ayah yang ntah ape2

mashamm je muka tu

So, ibu harap lepas ni dinnur sihat2 selalu ye, takmo sakit lagi...susah hati ibu. Nanti ayah dgn ibu bawa dinnur jalan2 pegi playground lagi ye.

Friday, 6 April 2012

BARU NAK BELAJAR BUAT BLOG

Hye...testing...testing

Hahahaha jadi jugak blog ni kan....thanks to Noraidah Abdul Satar sebab kamulah saya buat blog ni.

Hurmm nak mulakan camne ni ye. Okla saya perkenalkan diri dahulu.

Nama saya Noor Haliza Binti Mohammad Noor, sudah berkahwin dan  mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 bulan. So, rasenye dalam ni panggil lyza je la kan. Lyza create blog ni bukan ape, sebab balik umah mak baru ni kemas almari buku sume, terjumpa la diary lame2 zaman sekolah dulu. Bile baca tergelak sorang2, yela budak2 tulis diary kan, dengan ayat memang tak bole blah!

Tapi ade satu diary tu lyza bagi kat kawan karib lyza iaitu manje untuk simpan sebab time tu nak sambung belajar so rase sayang sgt kat manje tu, tak tahu nak bagi ape kat dia, bagilah diary lyza tu. Lyza nak die tahu yg lyza sayang sgt2 kat dia...hahaha

Ape? suami? hahaha ni testing je tau nak try upload gambar.


Tadaaa...inilah suami lyza, Nornizam Yusof...harap die suke lyza letak gambar die dalam ni, gambar ni time couple dulu, sekarang memang jauh bezala kan...hihihihi.

Ok, setakat disini sahaja untuk harini, nnt sambung lagi ye...sebab bos dah masuk, kenelah buat2 rajin depan die. BYE SEMUA!!!