Monday, 27 May 2013

Yahoo pegi Terengganu teman ayah keje!!!

Seronok sgt bile ayah ajak pegi Terengganu, ala ajak pun sebab ayah kene pegi sane 1-2 hari...so mestilah ibu pun sibuk nak ikut, mane bole tinggal anak bini macam tu je kan...hihi sebenarnye saje nak berjalan, malas nak masuk opis. Dahla opis dengan kelam kabut nak kene buat submission to authority, ibu sibuk nak pegi Terengganu. Takdela melepaskan diri dari keje2 tu tapi dah last minutes kan, sape suruh tak bgtau awal2.

Ktorang bertolak pagi lepas Subuh, dinnur tak payah mandi pagi ye, nnt da sampai RnR kite mandi sane je ye. Sampai sane lebih kurang pukul 12.30 tgh ayah singgah kat site kejap>>pegi makan tengahari>>check in kat Felda Residence Kuala Terengganu.

 Hotel ni best, cantik! opis ayah yang bayarkan mestilah cantik..hehe. Lepas tu ayah tinggalkan kite berdua je dlm bilik tu sbb ayah nak pegi site semula, so ape bole buat...tido jela zzZZZzzzz.

Malam tu ayah bawak pegi makan kat hurmmm.. ape ntah name kedai tu, yg pasti makanan favourite ibu la kan seafood. Ibu mmg failed nak hafal nama2 tempat ni la. Pastu ayah bawa jalan2, malam2 xde aktiviti sgt kat situ, kebanyakkan dorang duduk rumah je, tak macam kat KL, siang malam orang keluar berlibur.
Yang paling best dinnur tido sgt nyenyak kat hotel, tak mintak susu pun malam2, ibu lagi la lena tdo, kalau tak, 2-3 kali bangun mintak susu.

Pagi tu lepas breakfast kat sane, mmg best makanan kat situ sbb ade ubi rebus cicah dgn kelapa n gula...fuhh mmg susah nak dapat makanan camtu skrg. Lepas makan ayah siap2 nak pergi inspection, tinggal kite berdua lagi dalam bilik :( Sementara tggu check out ape lagi, jom bergwiyomi...hahaha.


Yeahh...bercuti lagi di Gambang Waterpark

Ok, ibu plan nak pegi Pahang sbb nak tengok kawan ibu baru lepas bersalin, sorang kat Felda Lakum, sorang lagi kat Temerloh. So, dah plan baik dah nak gerak pagi tp tiba2 bos ayah call mintak ayah attend meeting that day (Jumaat, lupe bape haribulan). Nak taknak kenela tggu ayah abis meeting, taknak la rushing2 kan sbb mesti ade yang tak kene nanti. Haha padahal sebelum nak bertolak macam2 hal yang jadi...hurmm ibu relax je, ayah la suke kelam kabut pastu nak marah2...jgn layan sgt, nnt layan lagi menjadi2..hahaha :p

Sementara tunggu ayah balik meh sini nak tangkap gambar

 
ok, turn ibu plak amik gambar dlm kereta, ayah dah potpet potpet sebab sakit hati nak topup touch n go tak bole, dah pegi banyak petrol station da tapi still tak bole jugak, last2 pegi kat toll baru bole (hihi...sebenarnya kad tu dah lebih 6 bln tak pakai, sbb tu tak bole topup).Dalam 3 jam lebih jugakla perjalanan ke sana, dinnur pulak dalam kereta...aishhh tak bole nak ckp la kan, dah besar ni mcm2 perangai, nak duduk depan la belakang la, kacau ayah la.

Pukul 3.30 ptg sampai terus check in kat Carribean Bay Resort. Budak atas ni sampai2 je terus nak duduk, pantang nampak kerusi mesti nak duduk...macam die plak penat drive tadi.

 Bilik die cantik, luas, mmg dinnur sukela kan nak buat ape pun dalam tu...tp aircond tak berape nak kuat,  tp malam sejukla, pastu air slow...hahaha kesian ktorang, takpe yg penting happy dapat bercuti.Tak payah fikir pasal keje, nak kemas umah, nak lipat kain, nak gosok baju...hahaha padahal balik ni dah tentu2 banyak baju nak basuh kan.

Memang lapar giler bile sampai sini, kedai makan plak takde yang buka, so ktorang makan la kat resort tu je, order nasi lemak n sandwich utk makan petang. Harga die mak datokkk mmg jauh beza la kan. Takpela sekali sekala nak makan kat situ okla kan, nak makan kali kedua lagi kat situ idokler...atleast nnt ade org tanye..."ko dah penah pegi gambang waterpark" bole jawab "dah2, memang seronok sgt tempat tu" hahaha.

 
Nak pegi mandi pool, hujan la plak petang tu. So duduk dalam bilik jela sementara tggu nak kuar makan malam. Nak tido, dinnur taknak tido..asyik nak main telefon je, biasela kat rumah takde telefon kan...so mcm excited sketla bile dah dpt main telefon tu. Kat situ malam2 takde ape yang best pun, kedai makan pun tak byk yang buka...nak pegi kuantan mcm jauh, lepas makan malam terus balik resort. 

Keesokkan nye after breakfast baru kitorg pegi mandi2. Dari resort naik trem nak ke waterpark amik masa dlm 3 minit, tak jauh pun bole la nak jalan kaki, tapi penatla...huhu bagi yang nak exercise utk kecikkan perut tu bole la berjalan kaki ke sana :p





Tak bergambar pun dalam tu sbb malas la nak pegang hp, simpan dlm locker je. Tp memang best la pegi situ, dinnur happy, kitorang pun lagi happy tgk die happy...tapi kali ni dah tak takut da nak main air. Cuma kalau ade bunyi air yg kuat tu die takutla. Nak mandi kat tempat yang romantik2 je dinnur ni. Ktorang naik banyak kali jugak la sliding tu, mcm biasela  ayah ibu yang excited lebih nak naik benda alah tu sampai luka2 kaki.

Balik basah2 camni je, salin baju dalam bilik lagi senang kan. Lepas check out terus pegi rumah kawan ibu kat Temerloh, nak tengok 2nd baby kawan ibu safi...haiii dah dua da anak kamu ye. Ktorang tapau kfc makan kat umah safi sbb fhm die tak larat nak jamu ape2 kan, ktorang pun mmg dah lapar sgt time tu.

Dah makan, borak2 jap terus ke Lanchang rumah kawan ibu sorang lagi. Hurmm rezeki kitorang mak die buat laksa, sedap sgt...baby pun comel sgt2.






Wetworld....(tajuk cam tak best je)

Hai sume, dah lame tak update blog... itulah org nak buat blog die pun nak buat jugak, camnila jadinye penyakit M dah datang.

Kesian pulak dinnur nanti die tak tau ibu ayah die penah bawak die mandi2 kat wetworld..sekurang-kurangnya nanti kalau ade kawan-kawan tanye "dinnur, ko dah penah pergi wetworld?" dinnur boleh jawab "dah pegi dah time kecik dulu" hihi.

Sebenarnye ibu yang excited nak pegi, anak takde perasaan pun. Masa mula-mula datang pun memang takut air la kan sebab jarang ktorang bawak dinnur mandi-mandi ni, dalam 10-15 min jugakla die nak biase mandi dalam kolam, itupun dah nangis-nangis suruh angkat. 

Tengok gambar atas ni, hahaha...beriye menangis, org yang tangkap gmbr ni pulak dok sibuk suruh kitorang posing...yela tak ramai orang lagi dtg pagi2 ni, so kitorang la jadi sasaran. Ingatkan okla nak amik gambar sebagai kenangan dlm rm30 camtu...last2 kene bayar rm50 (1 cd + 1 gambar size 5R) tak berbaloi langsung, better gune camera sendiri, Tp yela, kitorang pun tak bawak handphone sbb simpan dalam locker, no choice terpaksa sebab nanti orang tanye "lyza, ko da penah pegi wetworld? hahaha....

Best jugakla mandi kat sini walaupun kitorang tak main yang pusing2 tu (ape ntah namenye), kalau kitorang main sape nak jaga dinnur kan, kalo pegi dgn fmly bolelah mak2 sedara dinnur yang jaga..hihi =)




Kitorang balik tengahari dlm kul 12 sebab nak pegi akikah anak kawan ayah pulak. Tak salin baju pun, terus naik kereta balik basah2..sibbaik kereta ibu pakai leather seat so takdela basah seat kan. Lagipun rumah kitorang dekat je dari sini dalam 10 minit sampai la. Nak balik pun satu hal lagi, mula2 dtg nak balik awal, dah nak bali, dinnur pulak taknak balik...dah seronok ler tu. Takpe, next plan kite pegi mandi tempat lain plak ye. Ok bye =)