Alhamdulillah...kerana masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menyambut Ramadhan 1433H. Tahun ini merupakan tahun ke-3 ibu menyambut Ramadhan dengan ayah dan kiranya tahun pertama jugalah untuk dinnur beraya walaupun tahun lepas dinnur baru lahir pada 4 Syawal 1432H...ibu berpantang semasa raya ok!
Tahun lepas ibu tidak dapat berpuasa penuh sebab ibu mengandungkan dinnur 8 bulan, ibu risaukan kesihatan dinnur. Puasa kali ini amat bermakna bagi ibu sebab dinnur sentiasa menemani ibu sewaktu berbuka dan bersahur (a.k.a dimana ada ibu, disitu mesti ade dinnur). Ibu bergilir-gilir makan dengan ayah, tapi selalunya ibu suruh ayah makan dulu sebagai tanda hormat isteri kepada suaminya..cewaahh...
Juadah berbuka selalunya ayah beli di bazaar je, bukan ibu taknak masak tp kalo berkesempatan pun mesti dinnur pun nak tolong ibu jugak kat dapur. Nak tingggalkan dinnur dengan ayah memang menangislah jawabnya. Bersahur pula ibu masak siap-siap malam tu, masak pun yang simple-simple je, kadang-kadang opah bagi extra lauk ibu laaagi suke...hehehe. Nasib baik ayah tak cerewet sangat pasal makan ni, alhamdulillah.
Solat terawih? ibu tak pergi pun =( nanti siapa nak jaga dinnur kan? tahun depan insyaAllah, dinnur da besar sket bolehla ikut ayah pergi masjid sama-sama.
Sempena bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama tingkatkan lagi amalan kepada-Nya dan semoga Allah merahmati kita semua dalam menempuhi dunia ini menuju ke syurga indah...amin ya illahi
Sempena bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama tingkatkan lagi amalan kepada-Nya dan semoga Allah merahmati kita semua dalam menempuhi dunia ini menuju ke syurga indah...amin ya illahi